WPML not installed and activated.

Tentang Kami (Malay)

Perjalanan yang jauh amat memenatkan dan berjauhan dengan tempat asal kadangkala membosankan. Pastinya anda memerlukan tempat menginap yang selesa, damai dan mengukir kenangan yang manis dan bermakna. Hongdae Lazy Fox Hostel di Seoul menyediakan kemudahan penginapan yang lengkap untuk para tetamu yang berkunjung ke Seoul dan sebuah lokasi penginapan yang pasti menepati keselesaan para tetamu dan tempat berkumpul dan berjumpa dengan pengembara serta pelancong dari serata dunia.

Kami menerima kunjungan anda bukan sekadar sebagai tetamu tetapi kami memberi layanan seperti sebuah keluarga dan sudah tentu anda akan berasa seperti berada di rumah anda sendiri. Para pekerja kami akan sedaya upaya memberikan layanan dengan senyuman yang akan menceriakan kunjungan anda ke Korea.

Hostel kami terletak berhampiran stesen subway Hapjeong dan Mecenatpolis Mall di mana terdapat kemudahan tempat makan dan kafe seperti McDonald, Krispy Kreme Donuts, Restoran TGI Fridays, dan banyak restoran yang menghidangkan makanan Korea yang lazat. Jika anda seorang yang ‘SHOPAHOLIC’ , anda boleh berkunjung ke butik-butik ternama seperti Nike, GAP, Top Ten, Uniqlo, Eight Seconds dan pelbagai gedung kosmetik Korea juga.

Di sebelah malam anda boleh berkunjung ke Hongdae, sebuah lokasi tumpuan pelancong yang sangat terkenal di Seoul. Anda boleh berkunjung ke kafe-kafe yang menarik di Hongdae sambil mencuci pandangan di sepanjang deretan kedai yang terdapat di sana dan lokasi ini juga amat sesuai dijadikan tempat lepak yang menghiburkan.

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik dan percutian anda di Korea akan lebih bermakna sepanjang anda menginap di hostel kami.

IMG_5115980980 527

★ Lazy Fox

 

★ Lazy Fox Den

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someonePrint this page

■ Hongdae Lazy Fox Hostel In Seoul ■ 483-16, Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul, Korea ■ lazyfoxhostelseoul@gmail.com